Aku mula kenal dia di waktu persekolahan.
Amri namanya. Waktu itu dia baru pindah sekolah. Dia minta aku
kawan dengan dia alasannya untuk aku bantu dia faham seelok belok sekolah. Kami
berkawan seperti biasa. Namun lama kelamaan kami menjadi kawan yang sangat
rapat. Tapi aku tetap anggap dia sebagai sahabat. Aku cuba untuk menafikan
perasaan itu. Dia tak hensome pun. Tapi di dalam sekolah tu tak ramai pun lelaki,
jadinya ada juga yang minat dekat dia. Pada suatu hari, masa pertukaran hadiah
kelas dia bagi aku sehelai baju. Buju kurung itu sangat cantic dan bermakna..aku
happy sangat, dalam masa yang sama, aku tetap menafikan perasaan aku padanya.
Sebab aku sendiri tak faham status aku di hatinya. Namun, jika aku ada masalah
apa-apa mesti dialah orang pertama yang datang membantu aku.
Dia seorang lelaki yang baik. Solatnya,
bacaan qurannya semuanya perfect. Dia juga anak yang sangat berbakti kepada ibu
bapanya. Di rumah, dia rajin memasak , memebela haiwan dan membersihkan rumah.
Bak kata pepatah, seorang leki yang hamper sempurna. Dari segi susuk tubuh memang
menawan, Cuma dia kurang hensome sahaja..hehe. tingginya, suaranya semuanya ok.
Dia caring dan baik. Kerana dia rapat dengan aku, cikgu- cikgu disekolah Nampak
akan keserasian kami. Masa tingkatan 5, cikgu siap doakan jodoh kami Panjang dan
katanya lagi 10 tahun cikgu pasti kami akan Bersatu membina kehidupan keluarga
yang Bahagia..
Sejak cikgu berkata begitu didalam kelas
sewaktu majlis jamuan kelas. Aku sudah yakin, yang kami mungkin ada camistry.
Bila bercerita tentang kehidupan, dia sangat bercita-cita tinggi. Dia mahu
bekerja keras dan memberi kesenangan kepada keluarga yang bakal dia bina… Dia
selalu cerita pelan hidupnya pada ku. Setiap hari, pasti ada yang dia kongsikan
tentang hidupnya. Dan aku sangatlah happy dan gembira. Baju yang dia bagi
padaku ketika sebelum itu aku simpan baik-baik. Aku gantung baju tu didalam
almari. Membayangkan disayangi oleh seorang lelaki idaman wanita, seorang
lelaki yang baik budi pekerti.
Namun, segalanya berubah sekelip mata, pada
suat hari, sekolah ada menjalan suatu aktiviti besar hari sukan. Waktu inilah
bermula kisah yang aku tidak akan lupakankan seumur hidupku. Pada hari itu, aku
masih ingat, dia panggil aku untuk
bersembang di hadapan kelas. Aku pun dengan perasaan gembira melihat dia
memagang sebuah bag plastic berisi barang. Hati aku berbunga-bunga, senyum.
Sabaik sampai depan dia, dia terus katakana kepadaku. Bolehkah aku menolong dia
menghantar barang tersebut kepada seorang perempuan di kelas sebelah. Aku
terkejut. Sungguh terkejut. Tidak menyangka langsung yang dia mempunyai hati
kepada pelajar perempuan tersebut. Aku memberanikan diri bertanya sejak bila???
Sejak bila?? Dia berkata sejak tahun lepas..Tuhan sahaja yang tahu betapa
remuknya hati aku…
Mengapa dia layan aku begitu baik..tidak
menafikan apa yang cikgu cakap tentang kami sama sekali. Hanya senyum dan
seolah mengiakan, sedangkan dia sudah jatuh hati pada orang lain. Sungguh tidak
ku sangka. Aku gigihkan kaki dan tangan berjumpa rakan perempuan tersebut.
Malah Amri menyuruh aku bertanya jika pelajar itu juga ada hati padanya. Aku
pun pergi berjumpa [elajar itu yang bernama Ani. Aku bagitahu Ani yang Ami suka
padanya. Ani ini pelajar perempuan yang cantik,putih dan lemah lembut. Ani
marah padaku.Kerana dia tidak suka..
Ak uterus menyampaikan yang Ani tidak sudi
menerima Amri. Tetapi Amri tidak pernah putus asa. Dia terus mengejar Ani
sehinggalah kami masuk ke universiti. Ani dan Amri berda diuniversiti yang
berbeza, begitu juga aku. Namun Amri tetp menyuruh aku cuba memujuk rayu Ani
untuk menerima dirinya. Aku ikutkan sahaja. Sampailah suatu hari aku rasa aku
tidak mahu lagi menjadi orang tengah mereka. Hati aku cukup remuk,
bertahun-tahun aku simpan perasaan ini. Dan akhirnya aku ambil keputusan untuk
menolak menjadi orang tengah mereka dan aku bagitahu pada Amri. Sejak itu, aku tutip hati aku pada lelaki dan
aku focus kepada pelajaran aku.
Namun, beberapa bulan selepas itu, Amri
menghubungi aku, katanya dia mahu berutus surat denganku. Dia menghantar surat
dan gambarnya. Memberi tahu yang dia rindu padaku. Selepas bebrapa hari surat sampai,
dia menelefonku. Katanya rindu pada kawan baiknya, aku lah tu. Aku beranikan
diri bertanya, bagaimana hubungannya dengan Ani. Dia berkata, dia tidak mahu
lagi mengejar Ani. Waktu itu dia telefon aku menggunakan telefon sahabat
biliknya Faris. Sejak itu, Faris kerap menelefonku untuk berkawan. Aku layankan
aja. Tibalah suatu hari Amri menelefonku dan dari jauh Faris menjerit
dibelakang mengatakan Amri cinta dan suka aku. Aku bertanya Amri, seolah-olah
aku tidak dengar jeritan Faris dibelakangnya. Amri kata ialah yang itu, Namun
aku tidak mahu pecaya selagi dia tidak luahkan sendiri. Suatu hari dia telefon
dan katakana yang dia mahu cuba serious denganku… Jantungku berdegup
kencang…namun jauh disudut hati aku masih kecewa dan takut…dalam masa yang sama
aku mula selesa dengan Faris yang jauh lebih memahami….
Hatiku ini milik siapa sebenarnya???
